APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
ABSTRACK
This article attempt to discuss the Islamic Education are among
important element towards human self moulding desirableness. There is no doubt
that rapid change in national education through IT's reformation and
communication give large impact lesson and learning in process. Educational
technology use of the equipment like computer and internet by Islamic Education
teacher is one of the ways practicable of process increase effectiveness lesson
and learning. Apart from that, student interest and focus can be pulled through
neat and systematic computer application planning. Religious teacher should
make Islamic Education as a attractive subject and interested student.
Keyword : Islamic Education, lesson and learning
BAB 1 PENGENALAN
Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan
kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini
memberi satu cabaran yang besar terhadap
kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya
dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat guru yang
ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak
dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan
terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang
pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang
semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi
daripada mereka.
BAB 2 PRINSIP
PENGGUNAAN IT
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh
dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu
menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru.
Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada
aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah
kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu
teknologi tersebut.
Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang
atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan
dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala
sesuatu itu adalah mubah (harus)
termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama
ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika
terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu
haram. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Dia memilih
kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan.
Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan
sejagat dan bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan
agama yang sempit, tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada
syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah
(kemajuan) serta objektif Islam untuk kesejahteraan
manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T. Dengan
kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah
memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah dihapuskan
dari pemikiran dan hati umat Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Barangsiapa
mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima
(agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti
televisyen ,video, alat komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti
perkembangan komputer dan internet menuntut masyarakat berpegang kepada nilai
dan etika murni serta tidak terpesong daripada ajaran Islam. Contohnya,
komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam
bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang
seperti pornography dan kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat.
Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu
teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang
terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber
ilmu pengetahuan yang terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan
teknologi banyak dikupas dalamal-Quran. Sebagai contoh firman Allah S.W.T :
çm»oY÷K¯=tæur spyè÷Y|¹ <¨qç7s9 öNà6©9 Nä3oYÅÁósçGÏ9 .`ÏiB öNä3Åù't/ (
Dan Telah kami
ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam
peperanganmu.
Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari
penemuan baru dalam bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan
seharian. Islam juga menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga
menemui kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh
segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Firman Allah S.W.T :
Katakanlah:
"Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.
Ringkasnya, Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk
kepada peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Begitu juga dengan
ilmu dan teknologi. Oleh itu, islam tidak pernah menghalang atau menolak
kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak
anti kepada peralatan teknologi dalam bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan
dan bertepatan dengan teori dan objektif
tamadun Islam.
BAB 3
IT DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara.
Dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama
untuk mencapai matlamatnya di samping fungsi guru sebagai pemudah cara.
Malahan, pihak KPM begitu komited dan menekankan penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan perkembangan pesat era IT
dan komunikasi yang berlaku di Malaysia.
Menurut Blai (1988,195-200), penggunaan teknologi
komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan
revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat.
Dengan adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan
daripada penggunaan awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara
penyampaian pada peringkat awal penggunaan komputer hanyalah terhad kepada
teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping penerangan bersuara.
Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut
bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum
sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap
positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam
di Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan
keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem
pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian
komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia
berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan
Islam. Perisian khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam boleh
dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia
berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi
dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar.
Menurut Jonassen (1996,45-54),
persembahan multimedia lebih attention-getting dan attention-holding kerana
multimedia adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku lebih daripada satu
deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia
terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku
apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan
untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan
pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan. Di
samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa penggunaan multimedia sangat berkesan
bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang antaranya ialah :
- Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .
- Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
- Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
- Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari.
- Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari.
- Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam ( Halimah, 1996,37-48).
Selain daripada itu, pengajaran
menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru melalui pelaksanaan
beberapa pendekatan dalam pengajaran seperti yang disaran oleh Md. Yusoff dan
Azhar (2000) :
- Membantu dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan.
- Berdasarkan program multimedia yang direka bentuk, guru mempunyai ruang untuk memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan latihan dan ujian untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Program ini biasanya memuatkan maklum balas serta merta untuk menjelaskan sesuatu perkara atau konsep.
Dalam pendidikan, Komunikasi
Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung kepada pengajaran dan pembelajaran
berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan berlaku antara pelajar dengan
pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan pengajaran. Menurut Jonassen
(1996,45-54), KBK memudahkan komunikasi antara individu dengan kumpulan dan
seterusnya membenarkan pelajar membina pengetahuannya sendiri serta membolehkan
mereka memahami dan mengingati apa yang dipelajari.
Sehubungan dengan itu, penggunaan IT
dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan
kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar terhadap pendidikan
Islam. Saranan ini selaras
dengan penyataan yang dikemukakan oleh Zainab et al. (2002,) yang menyatakan
bahawa terdapat banyak laman web yang boleh dimanfaatkan oleh guru Pendidikan
Islam. Contohnya guru mengakses laman web yang berkaitan dengan Islam seperti
laman web jabatan agama negeri, Pusat Zakat Selangor dan beberapa laman web
lain termasuk jalinan keluarga, solat.net, ikhlas.com, islm.gov.my,
haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran
yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar
mengetahui perkhidmatan agama Islam yang
disediakan mengikut institusi di Malaysia. Pengajar boleh menyediakan
tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang
disediakan di laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta melayari laman
web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengambil bahagian dalam
perkhidmatan soal jawab agama yang disediakan atau mendapatkan maklumat ibadah
haji serta umrah di laman web Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga boleh
mnggunakan enjin pencarian yang mudah dan popular seperti Google dan Yahoo
untuk mencari laman yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Dengan pemantauan
guru, para pelajar juga boleh mendapat maklumat dengan mudah dan luas di laman
web pendidikan Islam yang menggunakan bahasa Arab ataupun bahasa Inggeris.
Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran
dan pembelajaran memberi kesan yang positif kepada pelajar, maka penggunaan
internet dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam harus dilaksanakan
secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar
tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam Pendidikan Islam.
Dalam konteks ini, laman web dalam internet boleh
menjadi bahan bantu mengajar yang efisyen untuk guru mengajar Pendidikan Islam.
Laman web bukan setakat memberikan maklumat terkini secara interaktif dalam
sesuatu topik, malah pengajar juga boleh menyediakan tugasan dan meminta
pelajar membuat penyelidikan lanjut dalam topik tertentu dengan berutus mel
elektronik dengan webmaster atau pegawai di institusi kerajaan atau bukan
kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di Malaysia.
Umumnya, perbincangan di atas menunjukkan
kepentingan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Konsep
kesepaduan antara teknologi dengan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam
haruslah disedari oleh guru Pendidikan Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al
(2002), kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong
pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya
beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada menjadi alat untuk
mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini mendorong
pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga yang
kekal abadi.
RUMUSAN
Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam
perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan.
Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan
mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan
pelajar. Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan
bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong
dan mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan
internet.
Kepentigan IT tidak dapat disangkal lagi dalam
sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat
menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi
kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama
boleh diberikan kepada penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat
teknologi yang mendapat tumpuan utama dalam sistem pendidikan hari ini kerana
keupayaannya mampu memberi maklumat lebih baik dan banyak berbanding dengan
peralatan teknologi pendidikan yang lain. Penggunaan yang meluas akan
memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan
negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang Pendidikan Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar